Title Bar Maker

Friday, March 2, 2012

Motivasi Cinta :*

Assalammualaikum.

Harini Umi pinjam buku Hidayah, my classmate. Namanya ialah--- jengjengjeng! Motivasi Santai #Cinta @FazleyYaacob. Perghh macam kat Twitter pulak bila aku tulis balik tajuknyaa. So, Umi nak share ah kat korang... nak ciplak buku ni hahahahaha

1. Cinta yang hadir tanpa dipaksa lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai. Maka jangan terlalu mencari atau mencuba kerana ia bakal menghancurkan.

2. Cinta itu indah apabila kita suburkan dengan bertolak ansur, faham-memahami, sabar-menyabarkan, percaya-memepercayai. Namun apabila racun curiga-mencurigai menempias jiwa, tertanamlah benih kebencian.

3. Jangan benarkan cinta menguasai hidup kerana ianya bakal membuat kita lupa diri, lupa tanggungjawab serta lupa insan-insan yang sama penting dalam hidup kita. Sebaiknya kuasai cinta agar kita yang mengawal keadaan dan perasaan dengan  akal dan fikiran bukan nafsu yang menjadi penentu.

4. Cintai dia seada dirinya, terima hatinya seadanya dia, kasihkan kelemahannya seadanya dia, sayangkan kekuatannya seadanya dia, agar dia berasa dihargai, agar dia mampu menjadi yang lebih baik, agar dia menerima anda seadanya anda, agar dia mampu menjadi pasangan yang sempurna buat anda.

5. Ketika berjauhan dengannya, nyatakan kepadanya rasa rindu agar dia mengetahuinya, apabila berdekatan dengannya, nyatakan kepadanya rasa sayang agar dia rasa dihargai, lalu jika dia kecil hati nyatakan maaf agar dia rasa difahami. Perkataan mencerminkan seribu rasa.

6. Jika cinta itu buta, takkanlah masih ramai yang memilih rupa dan harta. Sebenarnya cinta itu berbeza paksi antara nafsu dan keikhlasan. Pastikan apa paksinya lalu baru lafazkan cinta kembali kepada mereka yang cuba untuk memberi.

7. Cinta adalah apabila kita sentiasa rasa seperti sesuatu yang tidak kena apabila kita tidak bersama si dia dan apabila kita merasakan bahawa ianya tidak akan berakhir sampai bila-bila.

8. Cinta seharusnya bak air hujan yang hadir ketika kemarau panjang atau bak tepian pantai yang pasirnya putih bersih dan air lautnya biru jernih.

9. Cinta adalah umpama pokok bunga mawar yang akan berbunga ketika tiba waktunya, namun jika ingin bunganya mekar cantik, air (keikhlasan), baja (kasih sayang) dan matahari (perhatian) haruslah mencukupi.

10. Sesekali nyatakan kepadanya "Sayang, aku mencintaimu bukan kerana siapa dirimu, tetapi siapa diriku apabila aku bersamamu."

11. Cinta itu adalah impian setiap insan, seolah-olah ianya satu obsesi, setiap orang menginginkannya, semua orang mencarinya namun hanya segelintir yang bejaya menemuinya. Buat mereka yang berjaya mendapatkannya harus menhargainya dan jangan lalai untuk memeliharanya sebaik mungkin.

12. Apabila cinta hadir, dunia anda mungkin berubah, perasaan yang indah-indah membuai jiwa, bibir sering terukir senyuman, mata bersinar bak permata dan tutur bahasa sering dikawal rapi. Namun jangan sampai anda menjadi orang lain dan mencipta personalisiti diri yang lain hanya iuntuk memuaskan hati si dia.

13. Rasa cemburu sering dijadikan tanda aras penguat kasih saynag. Namun cemburu, biarlah berpatutan, biarlah bertempat, biarlah tak keterlaluan, biarkan kena pada masanya, biarlah tidak sampai mengongkong dan biarlah menjadi pengikat kasih sayang bukan melemaskan jiwa.

14. Setiap pohon yang tumbuh sihat, berdaun segar, berakar kukuh, berbuah manis, berputik sentiasa, berdahan anjal, berkulit kenyal masih memerlukan air dan cahaya matahari dan ada ketikanya baja penyubur - begitulah jiwa cinta.

15. Hati-hati apabila anda sedang marah, kecewa, geram dan tertekan...berfikirlah sebelum meluahkan kata-kata kepada pasangan anda. Seringkali keadaan ketika jiwa bergelodak akan menyebabkab kita menghamburkan kata-kata yang telalu menyakitkan sedang kita langsung tiada niat untuk melukakan si dia sedalam itu.

16. Cinta tidak perlu dibuktikan atau membuktikan sesuatu. Perbuatan sering melambangkan segalanya walaupun cinta tidak kerap dilafazkan.

17. Jangan meminta  untuk cinta dilafazkan kerana ia harus keluar sendiri dan jangan pula terlalu kerap melafazkan kerana ia nanti tak beerti.

18. Jika terlalu sukar untuk menyatakan betapa anda cinta padanya, carilah lagu yang mempunyai lirik yang mencerminkan isi hati anda, atau puisi yang boleh menuturkan bisikan hati anda atau video di Youtube yang mampu meluahkan perasaan anda dengan tepat, lalu emelkan kepadanya, perdengarkan kepadanya atau pertontonkan kepadanya agar si dia tahu apa yang ingin anda lahirkan.

19. Carilah insan yang mencintai anda dengan hati and, bukan rupa paras, yang merasakan tutur kata anda manis dan bukan bibir anda yang cantik, yang merindui perhatian anda bukan belaian anda dan yang sering risaukan keadaan anda bukan risaukan apa yang anda pakai.

20. Cinta itu bak garam dan gula. Terlebih bakal memudaratkan. Terkurang pula jadi kurang enak. Biarlah letak secukup rasa ikut selera diri.

21. Jika benar anda cintakan dia, nyatakanlah. Jangan terlambat, ambil risiko itu kerana kalau anda tidak lafazkan dengan jujur tentang perasaan anda, dia mungkin menjadi milik orang lain dan anda takkan dapat tahu sama ada anda berpeluang untuk bersamanya atau tidak.

22. Dua perkara terpenting yang perlu setiap insan pelajari tentang cinta ialah bagaimana untuk memberikan cinta kepada seseorang dan membenarkan cinta itu hadir ke dalam hidup kita apabila seseorang cuba memberikannya.

23. Cintai dirinya kerana siapa dia sebenarnya dan bukan siapa yang dia cuba jadi kerana anda. Jika benar anda cintakan dirinya, terimalah dirinya di dalam serba kekurangan dan hargai kelebihan dirinya di sebalik apa yang dia tiada.

24. Jangan benarkan cinta menguasai diri kerana kelalaiann kecuaian dan kelekaan akan mengambil tempat lalu cinta akan menjadi sengsara. Kuasai cinta agar segala keputusan dibuat sebaik-baiknya dan sematang-matangnya.

25. Cinta itu indah seperti air laut yang biru jernih tanpa sebarang pencemaran apabila disulami keceriaan dan kepercayaan, namun akan jadi bergelodak seperti tepian pantai yang kotor dan berlumpur apabila dipenuhi cemburu tak bertempat dan kesangsian.

26. Rindu sering kali bak sebiji batu yang besar menghimpit hati. Semakin lama menanggung semakin besar batu itu. Semakin lama menanggung semakin besar batu itu. Semakin dalam rindu itu semakin banyak batu yang menghimpit. Semakin kuat rindu itu semakin berat batu yang sedia ada menghimpit.

27.  Fikirkan sejenak, mana yang lebih menyeksakan - cinta yang mendalam namun tidak dibalas atau cinta yang utuh tetapi dicurangi, atau cinta yang sejati namun dihalang atau cinta yang ikhlas tetapi tidak dihargai atau cinta yang abadi namun tidak dipeduli!

28. Jika benar anda mencintai si dia, suburkanlah percintaan itu dengan kata-kata pujian dengan lafaz terima kasih dengan perbualan yang menyenangkan hati dan dengan pemikiran yang sering bersangka baik.

29. Sesekali kembalikan nostalgia lama dengan menulis surat cinta dan bukan menghantar melalui pos kad ucapan dan bukan emelkan kad elektronik, menghantar sejambak bunga segar dan bukan MMS pesanan bergambar bunga.

30. Jangan terlalu kedekut menyatakan betapa anda mencintainya. Jangan terlalu kurang menyatakan kerinduan kepadanya dan jangan terlalu sedikit mengucapkan terima kasih atas setiap apa yang baik dilakukannya untuk anda.

31. Cinta jangan dipaksa kerana yang hadir bakal memberikan kasih sayang yang pasang surut dan tidak berkekalan.

32. Gurau senda perlu dalam sebuah percintaan, agar ia kekal menarik, mesra dan intim sampau melukakan dan yang menerima gurauan jangan lekas terasa. *okay.. yang ni Umi tak faham sangat, kalau korang faham, korang hebat..)

33. Cinta ibarat bumi yang kemarau dan sentiasa menantikan hujan untuk membasahinya agar benih yang sedia tertanam mula berputik.

34. Jika cinta yang diberikan tidak berbalas, mungkin cinta itu bukan untunknya, kerana ia mungkin milik insan yang jauh lebih baik dan sesuai.

35. Cinta tak perlu dibalas, namun ia perlu dihargai, dipelihara, dirawat, dijaga, dirapikan, disanjungi agar ia berbaloi untuk diabadikan selamanya.

36. Rindu yang datang sekali-sekala bakal merapatkan sesebuah perhubungan yang dahagakan kemesraan. Jangan abaikan keperluan untuk memberikan ucapan rindu sekali sehari agar hubungan kekal rapat.

37. Bayangkan, tatkala anda sedang bersarapan pagi lalu mata anda terpandang mata si dia menatap wajah anda dengan senyuman terukir di bibir, dikala itu jantung anda berdegur kencang. Itulah kelebihan bercinta seikhlasnya, perkara yang kecil dan ringkas boleh membahagiakan


38. Ada ketika di dalam percintaan, kata-katanya menyakitkan namun ia adalah untuk menyedarkan. Jangan merajuk terlalu lama, jangan juga berdendam lalu membalasnya. Belajarlah untuk bertolak ansur dan bersifat terbuka dengan kritikan yang membina.

39. ( Ikhlas & Jujur + Kasih sayang) - Buruk sangka + cemburu ) = CINTA ABADI 

So, hargailah cinta korang bagi yang tengah bercinta and carilah pasangan yang sesuai bagi yang single-mingle like me! hahahahahahaha. Umi baca buku hidayah ni, melting doh, bayangkan tahap sweet dia.. Ya Allah hahahahaha k gedik en Umi ni. baru tahu ke hahaha tak suka pergi mampos. Bye semua Muahh Xx 

Bukannya sebab mata awak cantik, saya suka awak. Sebab saya suka awaklah, mata awak cantik. 
Sorry kalau ada typo. Ni 100% taip sendiri, bukan pakai mouse click copy paste. Salin balik.